Dataran Merdeka Curi Tumpuan Peminat Kereta Di Hujung Minggu

Dataran Merdeka Curi Tumpuan Peminat Kereta Di Hujung Minggu

Dua hari penuh warna-warni di salah satu lokasi paling ikonik bukan sahaja dikenali di Malaysia malah turut menjadi tumpuan para pengunjung dari serata dunia. Dataran Merdeka telah menjadi perhimpunan serta pertempuran para peminat audio kereta sempena penganjuran Make The Change Auto Fiesta pada 3 dan 4 Disember lalu.

Dianjurkan oleh Automotive Accessories Traders Association Of Malaysia dengan kerjasama EMMA Malaysia, program Make The Change Auto Fiesta ini turut membawakan pelbagai elemen termasuk 100 kereta Auto Show, 100 kereta yang memasuki Auto Modify Contest dan 150 kereta yang menyertai International Auto Audio Contest.

Program ini telah dirasmikan oleh Pengarah Kanan, Sektor Perdagangan, Pengedaran dan Perniagaan iaitu Dato’ Rohaizi Bin Bahari. Pelbagai aktiviti lain yang menjadi selingan turut disediakan bagi memeriahkan lagi tapak program antaranya persembahan tarian untuk menghiburkan para peserta dan juga pengunjung.

Sekalung tahniah kepada pihak penganjur yang memastikan penganjuran program Make The Change ini berjalan dengan jayanya sepanjang dua hari ia berlangsung. Seterusnya tahniah diucapkan kepada para pemenang yang berjaya membaw pulang hadiah lumayan. Pastinya program ini bukan sahaja mengukir kenangan manis, malah mencipta kenangan indah untuk dikenang di masa akan datang.

Back to blog
  • ACURA GIAT UJI SUV EV ZDX DAN ZDX TYPE S, DIBANGUN BERSAMA GM!

    ACURA GIAT UJI SUV EV ZDX DAN ZDX TYPE S, DIBAN...

    Menarik untuk memerhatikan perkembangan Acura sekarang ini yang mempunyai kebebasan bagi membangun dan menggaya modelnya sendiri.Juga menarik apabila Acura diberi penghormatan untuk mengeluarkan model gantian Integra yang sebelum ini berkongsi...

  • Dataran Merdeka Curi Tumpuan Peminat Kereta Di Hujung Minggu

    Dataran Merdeka Curi Tumpuan Peminat Kereta Di ...

    Dua hari penuh warna-warni di salah satu lokasi paling ikonik bukan sahaja dikenali di Malaysia malah turut menjadi tumpuan para pengunjung dari serata dunia. Dataran Merdeka telah menjadi perhimpunan serta...